Sumber: Harian Metro, 11 November 2008 (Selasa)

Kesan Kopi Radix palsu

PRAI: HPA Industries Sdn Bhd (HPA) yang mengeluarkan produk Kopi Radix mengesan sesetengah pihak mengaut keuntungan dengan menciplak kopi segera herba nombor satu di kawasan utara.

Kegiatan itu dikesan dibeberapa lokasi membabitkan Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak yang menggunakan kopi palsu berada di pasaran tanpa mengetahui kandungannya menyebabkan rasanya berbeza dengan Kopi Radix asli mengandungi tujuh herba serta diadun menggunakan teknik perubatan Islam.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata kegiatan itu memberi kesan negatif sekali gus menyebabkan kejatuhan jualan kopi Radix sebagai minuman berherba yang cukup popular di negara ini.

“Sekiranya pengedaran kopi palsu itu dibiarkan, akan menyebabkan orang ramai menjauhi kopi Radix asli,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.

Sebelum ini, kopi Radix asli dalam bentuk papan dijual kepada ahli HPA dengan harga RM16 berbanding kopi Radix palsu yang dijual harga RM14 dengan menggunakan teknik imbasan cukup tinggi menciplak papan dan sachet minuman kopi Radix asli.

Beliau berkata, rasa kopi Radix palsu tawar serta tidak mempunyai herba HPA, manakala kualiti kertas sachet palsu agak nipis berbanding asli selain warna merahnya lebih gelap dari sachet asli selain beberapa perbezaan lain.


Ditulis oleh hpa news
Thursday, 16 October 2008

Kebangkitan HPA dengan produk 'killer' Kopi Radix menimbulkan kebimbangan banyak pihak. baru-baru ini beberapa pengedar HPA berjaya membongkar kegiatan ini di beberapa buah kedai di kawasan Bukit Selambau.

Kopi Radix Papan palsu yang menyerupai RADIX HPA dijual dengan harga RM14.00 oleh sebuah van yang menyerupai van HPA. Pemandunya adalah seorang berbangsa Cina. Kopi Radix palsu ini dipasarkan melalui pemborong tertentu yang sememangnya berkerjasama dalam memasarkan produk ini.
Dalam penelitian yang dilakukan, didapati terdapat banyak perbezaan ketara di antara Kopi Radix HPA dengan Radix palsu, antaranya:

1. Warna merah pada bungkusan kopi palsu agak pudar.
2. Saiznya agak memanjang berbanding bungkusan Kopi Radix asli yang lebar.
3. Logo HPA pada kopi radix palsu agak cerah dan pudar sedangkan pada Radix asli gelap dan
terang.
4. Logo buatan Malaysia yang terdapat di belakang radix palsu agak kecil dibandingkan dengan
Kopi Radix asli HPA.
5. Rasanya tawar dan tidak mempunyai aroma herba HPA.

Kerjasama pengedar HPA diperlukan bagi memastikan ini dapat dibanteras secepat mungkin.

0 comments: